“Kayuh Basikal Pun Lawa,” – Che Ta Payung Foto Berbasikal, Jadi Perhatian Ramai

Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan pelakon jelita, Rozita Che Wan atau sinonim dengan panggilan Che Ta yang sentiasa bergaya.

Baru-baru ini, Che Ta ada berkongsi momen percutian bersama rakan-rakanya di Tasik Kebun Serendah, Selangor.

Menariknya, aktres berusia 45 tahun ini kelihatan sangat bergaya meski sedang melakukan aktiviti berbasikal.

“Sabaq.. tengah kayuh la ni #adidas @adidasmalaysiamy @adidasoriginals,” tulisnya.

Melihat di ruangan entri tersebut, rata-rata peminat memuji penampilan santai yang ditonjolkan oleh Che Ta ketika melakukan aktiviti riadah.


Untuk rekod, Che Ta telah mendirikan rumah tangga bersama Zain pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama, Aaisyah Dhia Rana pada 1 November 2014.

Foto: Instagram Rozita Che Wan

Sumber : mediahiburan

Leave a Comment