“Sayangkan? Sayang…,” – Nabil Ahmad ‘Peluk Cium’, Dato Hj Ramli MS.

Bersempena dengan ulang tahun kelahiran pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS yang juga merupakan ketua juri bagi program Gegar Vaganza 6 (GV6), penonton di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) cukup sporting menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi buat suami kepada penyanyi, Datin Alyah itu.

Dinyanyikan secara langsung, Ramli turut diraikan dengan sebiji kek yang ditempah khas.Malah, aksi spontan dua hos GV6, Nabil Ahmad dan Jihan Muse cukup mencuit hati. Nabil sempat mencium bibir dan memeluk pengarah muzik itu sebagai tanda meraikan.

“Selamat hari jadi Tok… Moga panjang umur, murah rezeki dan semoga bahagia kekal abadi,” ucap Nabil.

Sementara itu awal semalam, Alyah turut berkongsi satu entri di Instagram, mengirimkan doa serta ingatan yang tidak pernah putus buat suami tersayang.

“Hanya doa yg mampu saya hadiahkan. Dan doa saya tidak pernah putus…buat kamu. Selamat ulang tahun Dato Hj Ramli bin Hj Muhammad Salleh,” tulis Alyah.Sekadar mengimbas, pasangan itu mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2013 di Indonesia.

sumber : media hiburan

Leave a Comment