“Bukan kaleng 2”,Stacy Tampil Unik, Kening Warna Merah!

Tampil berbeza daripada biasa, penyanyi Stacy telah menjadi perhatian apabila mengenakan lirikan kening warna merah.

Stacy ditatarias juru mekap profesional yang juga usahawan, Datuk Alha Alfa ketika di konsert mingguan program Mentor Milenia 2019, pada Ahad.

“Cantik kah look Kening Berdarah saya semalam cingh! Look ni memang bahaya sebab buat Mentor Akim tidak senang duduk pastu tangan i pun dia xmau lepas sampai rumah cenggghhhh!!“Thank you kepada orang2 kreatif dan super talented yang bagi look ni on point semalam Suka sangat look ni dapat juga cover muka kerisauan tengok protege perform semalam.“Semoga segalanya akan dipermudahkan untuk kami semua di minggu ini dan juga minggu seterusnya In sha Allah,” tulisnya.

Lantas, perkongsian penyanyi yang terkenal dengan lagu Pakai Buang itu telah menjadi perhatian netizen. ramai di antara netizen memuji kecantikan beliau pada malam itu.

Wow! Stacy kini semakin berani dalam mengayakan solekan di wajahnya yang membuatkan dirinya nampak unik dan menarik.

Foto: Instagram Stacy
Sumber : media hiburan

Leave a Comment