“Lawan Sakit Ya Sayang,Terima Kasih Semua. Doakan Ainul Terus Kuat!,” – Ali Puteh

Pelawak yang kini sedang bersaing dalam program, Maharaja Lawak Mega 2019 bersama kumpulan Puteh, Ali Puteh merakamkan rasa syukur kerana perkembangan kesihatan permata hatinya, Sharifah Nur Ainul Mardhiah kini sudah menunjukkan perkembangan positif.

Kongsinya menerusi Instagram, dia dimaklumkan doktor bahawa keadaan jantung anaknya kini kian baik meski masih menggunakan bantuan mesin.

Malah, paru-parunya juga mulai aktif meski masih lemah.

“Hari ke 6…alhamdulillah…berkat doa semua keluarga rakan rakan dan seluruh rakyat malaysia yg tak putus doakan ainul mardhiah.

”Dapat berita dri doktor yg jantung adik dah mula bernafas sendiri tp still gunakan mesin bantuan mesin..paru2 die dh mula aktif tp masih sgt2 lemah.

”Ya Allah…walid tau adik kuat!!! Lawan sakit ye sygg…trima kasih semua…doakan ainul teruss kuatt!!!! Sharifah nur ainul mardhiah,” tulisnya sambil disertakan dengan foto anak tersayang.

Hari ke 6…alhamdulillah…berkat doa semua keluarga rakan rakan dan seluruh rakyat malaysia yg tak putus doakan ainul mardhiah…dpt berita dri doktor yg jantung adik dah mula bernafas sendiri tp still gunakan mesin bantuan mesin..paru2 die dh mula aktif tp masih sgt2 lemah…ya allah…walid tau adik kuat!!! Lawan sakit ye sygg…trima kasih semua…doakan ainul teruss kuatt!!!! Sharifah nur ainul mardhiah.

Terdahulu, menerusi laporan mStar, Ali mendedahkan bayinya sebelum ini mengalami masalah injap jantung terbaik dan jantung berlubang.

Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan memberitahu anaknya dilahirkan secara normal di Pusat Rawatan Islam Khilal, Taman Melawati, Kuala Lumpur pada 6 Ogos lalu.

Bagaimanapun, pada hari kelima bayi itu disahkan menghidap jaundis dan dipindahkan ke Hospital Ampang pada 12 Ogos lalu.

Ali dan isterinya, Melati Fitri Abdullah turut mempunyai seorang lagi cahaya mata bernama Sharifah Nur Aaira Qaireenrusia yang kini berusia dua tahun.

Isnin lalu, anaknya telah menjalani pembedahan selama 12 jam berikutan masalah injap jantung terbalik dan terpaksa bergantung pada mesin bantuan pernafasan.

Foto: Instagram Ali Puteh

Sumber : media hiburan

Leave a Comment