“Bakal Disatukan Sebagai Suami Isteri Pada Oktober Tahun Depan.” Zara Zya Dan Hafreez Adam Selamat Bertunang…

Hampir dua tahun menyulam cinta, pelakon, Zara Zya selamat bertunang dengan Hafreez Adam dalam majlis tertutup yang berlangsung, petang tadi.

Hafreez, 29, ketika dihubungi BH Online berkata, mereka tidak berniat menyembunyikan majlis pertunangan itu, sebaliknya mahu memberi ruang kepada keluarga kedua-dua belah pihak untuk mengenali lebih dekat.

“Alhamdulillah, majlis pertunangan kami baru selesai sekitar jam 6 petang tadi dan mengikut perbincangan keluarga, kami bakal disatukan sebagai suami isteri pada Oktober, tahun depan.”

“Jika diikutkan, kami sebenarnya tidak mahu bertunang, namun ia dibuat bagi menghormati permintaan keluarga, terutama saudara jauh yang mahu mengenali saya dan bakal isteri dengan lebih dekat,” katanya.

“Oktober dipilih sempena bulan kelahiran Zara, tetapi ia mungkin dipercepatkan jika semua urusan berjalan lancar. Kalau boleh, kami tidak mahu melengahkan perkara baik.”

Pasangan yang mula berkenalan ketika membintangi drama Mona Lisa pada 2017 itu pada mulanya, merancang untuk mendirikan rumah tangga, tahun lalu.

“Namun, masing-masing sibuk dengan komitmen kerja menyebabkan hasrat itu tertangguh. Sebelum ini, keluarga saya datang merisik Zara pada 8 September lalu, cuma ia tidak dihebahkan kepada umum,” kata Hafreez.

Pada majlis itu, keluarga Hafreez menyerahkan lima dulang hantaran, berbalas tujuh.

“Kami sebenarnya merancang untuk berkongsi berita gembira ini kepada rakan media dalam tempoh terdekat, namun terk3jut apabila ia diketahui lebih awal.”

“Terima kasih atas doa semua. Mengulas cabaran bertunang, saya berharap semua urusan kami dipermudahkan. Memang kami sudah saling mengenali perangai satu sama lain, namun dugaan ketika bertunang itu tidak sama.”

“Pengalaman lalu juga banyak mengajar kami menjadi pasangan yang lebih baik,” katanya.

Hafreez berkata, dia selesa dengan kematangan Zara, malah menyifatkan pelakon yang dikenali menerusi drama Love You Mr Arr0gant itu sebagai wanita yang membahagiakannya.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami di ruangan komen.

like n share Facebook page kami di page ikepoh 

Sumebr: bharian

Leave a Comment