“Tak Sangka Dia Menerima Lamaran Ini.” Akhirnya Erra Fazira Memilih Syahir Sebagai…

Primadona filem Melayu alaf baru, Erra Fazira, 45, akhirnya memilih penyanyi Shahir Zawawi, 31, untuk ditampilkan dalam muzik video single terbarunya, Menangkah Cinta.

Menurut Erra, pemilihan Shahir untuk membintangi muzik video lagu ciptaan Hafiz Hamidun dan Iman Imran ini dilakukan selepas berbincang dengan semua pihak.

“Pada awalnya, nama Datuk Awie terlintas dalam fikiran saya untuk membintangi muzik video ini memandangkan kami mempunyai sebuah projek bersama tahun hadapan.”

“Namun begitu, jadualnya tidak mengizinkan. Jadi, saya berbincang dengan beberapa pihak lain seperti pihak pengurusan dan pencipta lagu.”

“Lalu, muncullah nama-nama lain seperti Zul Ariffin, Remy Ishak, Shahir dan Ungku Ismail. Akhirnya, kami bertanyakan kepada Shahir dan Ungku.”

“Pada mulanya, Shahir tidak dapat memberikan komitmen kerana ada urusan lain. Ungku pula bersetuju tetapi atas masalah jadual, dia tidak dapat membintangi muzik video itu. Akhirnya, Shahir menghubungi kami semula dan dia menerima tawaran terbabit,” katanya.

Erra ditemui di majlis sidang media pelancaran muzik video Menangkah Cinta di New World Petaling Jaya Hotel pada Rabu.

Sebelum ini, media melaporkan hubungan Erra dan Shahir sudah tamat semenjak Januari lalu.

Namun begitu, mereka masih mengekalkan hubungan baik dan tidak bermasam muka.

“Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Penggambaran dijalankan di Pulau Meranti, Cyberjaya dan berjalan lancar.”

Tambah Erra, muzik video ini diarahkan sendiri oleh Hafiz Hamidun dan proses penggambarannya berjalan dengan lancar.

“Saya sendiri tak sangka Shahir menerima pelawaan ini. Pada mulanya, saya ingat dia nak t0lak. Sebenarnya, saya sendiri sudah lama tidak berjumpa dengan Shahir, sudah hampir setahun,” katanya lagi.

Menangkah Cinta boleh didengari di semua platform penstriman digital dan muzik video single ini boleh ditonton di saluran YouTube Erra Fazira VEVO.

Apa kata anda? Komgsikan bersama kami di ruangan komen.

Sumber: Gempak

Leave a Comment