“Saya Bersyukur Isteri Selamat Melahirkan.” Datuk Jamal Abdillah Timang Cahaya Mata Perempuan.

“Alhamdulillah, ia adalah anugerah terindah daripada Allah SWT kerana sudah lama saya menanti kehadiran cahaya mata perempuan sekali gus melengkapkan rumah tangga,” kata penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah ketika berkongsi berita kelahiran anak perempuannya, Nur Azura Yamani yang selamat dilahirkan pada jam 5.35 petang tadi.

Menurut Jamal, 60, isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, 25, selamat melahirkan anak perempuannya itu secara pemb3dahan di pusat perubatan swasta di Shah Alam.

“Isteri dimasukkan ke wad bersalin semalam dan pada jam 5.35 petang tadi, pemb3dahan selamat dijalankan.”

“Saya bersyukur isteri selamat melahirkan bayi perempuan kami yang sihat, putih melepak dan seiras wajah saya seberat 2.7 kilogram,” katanya kepada Harian Metro.

“Maklumlah, isteri melahirkan anak secara pemb3dahan dan doktor mahu memastikan keadaannya okey dulu sebelum pulang ke rumah.”

Mengulas mengenai keadaan isterinya pula, kata Jamal, Zai Izzati akan dit4han selama beberapa hari di wad sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

“Isteri juga akan menjalani tempoh berpantang di kediaman kami di Shah Alam selepas keluar dari wad nanti,” katanya.

Jamal berkahwin dengan Zai Izzati yang juga perkahwinan kali keempatnya pada 1 April 2017 di Ipoh, Perak.

Sebelum ini Jamal pernah berkahwin sebanyak tiga kali bersama Basariah Abdul Latiff, Noraina Mohd Yusof dan Fatimatuzahrah Samad tetapi berakhir dengan perc3raian.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Jamal mempunyai dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami di ruangan komen.

lke n share Facebook page kami di page ikepoh

Sumber: hmetro

Leave a Comment