“Selamat Maju Jaya.” Datin Vivy Yusof Teruja Dapat Merasai Pengalaman Pertama Menyertai Majlis Konvokesyen UiTM…

Pengasas Fashion Valet Datin Vivy Yusof melahirkan rasa teruja dan gembira dapat merasai pengalaman pertama menyertai majlis konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) minggu lalu.

Menerusi laman sosial Instagram, Vivy memuat naik beberapa keping foto ketika sambutan konvokesyen ke-91 institusi pendidikan itu.

“Minggu ini merupakan minggu yang penting kerana ia merupakan sambutan konvokesyen UiTM. Ini merupakan konvokesyen pertama saya sebagai Ahli Lembaga Pengarah.”

Memilih baju kurung moden sarat renda, Vivy tampil cukup menawan dalam persalinan serba biru rekaan Mimpi Kita untuk majlis konvokesyen pertamanya.

“Kak Vivy ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada semua graduan atas kerja keras semua.”

“Selamat maju jaya menempuh alam pekerjaan kelak. Kentalkan hati untuk semua cabaran hidup yang mendatang,” ujar Vivy menerusi ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji penampilan Vivy yang tampak bergaya dalam jubah dan bonnet yang dikhaskan untuk jawatan itu.

“Graduated at UiTM Machang today so I anggap kak Vivy wish untuk saya juga lah ya,” komen seorang netizen.

“Love topi tu! Boleh la reka bagi selesa sikit dan letak jenama dUck,” puji seorang netizen.

“Saya bangga menjadi alumni UiTM,” ujar seorang netizen lagi.

Mei lalu, Vivy berbesar hati menerima lantikan jawatan berprestij itu daripada Kementerian Pendidikan.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami di ruangan komen.

Sumber: Gempak

Leave a Comment