“Pilih Warna Putih Agar Neelofa ‘Terbuka Hati’.” Rizalman Kongsi Rekaan Baju Yang Special Untuk Neelofa…

Pereka fesyen tersohor Datuk Rizalman Ibrahim berkongsi rekaan baju yang memaparkan detik-detik penting perjalanan Neelofa sebagai seorang selebriti dan usahawan.

Menerusi laman sosial Instagram, Rizalman menjelaskan setiap elemen yang tersemat di lengan rekaan adi busana Neelofa tersebut melambangkan momen penting dalam kehidupan pengacara MeleTOP itu.

“Inilah baju yang lengannya menceritakan detik-detik di mana Neelofa ketika mula naik sampai sekarang.”

“Baju ni saya reka khas untuk Neelofa sempena menerima Influencer Awards 2019 di Monaco,” ujar Rizalman menerusi rakaman video di IG Story beliau.

“Paling penting sekali kesemua ini tertutup khas, melambangkan keperibadian Neelofa sekarang yang sudah bertudung,” tambah Rizalman lagi.

Antara elemen yang tersemat indah di ruangan lengan baju tersebut adalah logo AirAsia, kasut tumit tinggi merah jambu kegemaran Neelofa, tahun jualan Naelofar Hijab paling tinggi, jenama kanta lekap Lofa Lense dan banyak lagi.

Malah, Rizalman sempat berseloroh sengaja memilih warna putih untuk rekaan adi busana tersebut agar Neelofa ‘terbuka hati’.

Neelofa melakar sejarah tersendiri apabila menerima anugerah Entrepreneur menerusi Influencer Awards 2019 Monaco yang berlangsung di Monte Carlo, Monaco pada Ahad.

Anugerah ini direalisasikan oleh Pauline Ducruet iaitu anak sulung kepada Puteri Monaco, Puteri Stephanie dan beberapa individu lain seperti Lolita Abraham, Maxime Giaccardi dan Thomas.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami di ruangan komen.

Sumber: Gempak

Leave a Comment