“Isteri Dah Masak, Isteri Dah Hidang, Apa Salahnya Suami Pula Yang Kemas Semua?” – Fazley Yaakob

Penyanyi Datuk Fazley Yaakob berkongsi pandangannya mengenai sikap kerjasama antara suami dan isteri di rumah.

Berkongsi paparan skrin dari laman Twitter yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, Fazley berpendapat tiada salahnya untuk suami membantu isteri mengemas selepas selesai makan.

“Actually bukan perempuan yang pandai memasak je menjadi kunci kebahagiaan rumah tangga, tetapi si suami yang rajin bantu basuh pinggan lepas isteri masak – bukan makan lepas tu tinggal je pinggan atas meja!

“Isteri dah masak, isteri dah hidang, apa salahnya suami pulak yang kemas semua?” kongsi Fazley.

Alhamdulilah ❤️❤️❤️❤️❤️❤️ . @azrene_ahmad @fariedzfazley @fieradzfazley @fierudzfazley @elliefazley

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Fazley bersetuju dengan pendapat cef selebriti itu.

Pelakon Janna Nick juga turut sama bersetuju dengan apa yang dikongsikan oleh Fazley.

Pelantun lagu Asmara Ini itu mendirikan rumah tangga dengan Datin Azrene Ahmad pada tahun 2007.

Mereka mempunyai tiga orang anak lelaki iaitu Ahmad Fariedz Shah, 11, Ahmad Fieradz Shah, 10, Ahmad Firudz Shah, 8 dan seorang anak perempuan, Alayna Selma, 2.

Salah satu azam saya bila dah masuk 40 tahun ialah solat subuh di masjid yang berbeza setiap hari, terima kasih @azrene_ahmad sebab sudi teman abang! 🥰(saya masuk 41 dah, adik sayang saya ni baru nak masuk 40 tahun August nanti)

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @LimauMadu Press

Sumber: Gempak

Leave a Comment